OPPO Memperkenalkan A78 5G dengan jumlah penambahan RAM sehingga 16GB

OPPO Memperkenalkan A78 5G dengan jumlah penambahan RAM sehingga 16GB


OPPO mengumumkan pelancaran A78 5G serba baharu di Malaysia pada hari ini. Menampilkan 33W SUPERVOOCTM dan bateri besar 5,000mAh, OPPO A78 5G memyediakan penambahbaikan dalam bateri dan pengecasan untuk menjamin satu pengalaman penuh kebolehpercayaan dan kekal lama. Melalui penambahbaikan dalam kedua-dua perkakasan dan perisian seperti penambahan RAM sebanyak 8GB+8GB, A78 5G membawakan prestasi lancar dengan menyeluruh di samping kamera yang dinaik taraf dan ciri hiburan yang mengasyikkan daripada dwi-stereo pembesar suara. Dirangka dalam reka bentuk bergaya menampilkan OPPO Glow yang ikonik, A78 5G turut dilengkapi dengan ColorOS 13, memberikan ciri yang selesa dan efisien dalam peranti bergaya masa hadapan. 



Prestasi dipercayai yang dirangsang oleh teknologi pengecasan

Dengan Cas Kilat 33W SUPERVOOCTM , bateri 5,000mAh A78 5G yang tahan lama boleh dicas sehingga 100% dalam masa 67 minit  dan menyediakan sehingga 22.85 jam panggilan telefon pada cas penuh, membantu pengguna bersedia dengan lebih pantas dan lebih kerap tanpa perlu risau tentang isu pengecasan sepanjang hari.


A78 5G juga turut dilengkapi satu siri ciri Penjimatan Kuasa AI Sepanjang Hari untuk membantu pengguna menguruskan prestasi bateri mereka dengan bijak dan meningkatkan hayat bateri secara keseluruhan. Antaranya, mod Penjimatan Kuasa Super yang menjimatkan bateri untuk keperluan kecemasan, manakala Siap Sedia Waktu Malam mempelajari corak tidur pengguna untuk mengehadkan penggunaan kuasa kepada hanya 2% dalam satu malam.



Penambahbaikan fotografi dan pengalaman hiburan yang mengasyikkan


OPPO Memperkenalkan A78 5G dengan jumlah penambahan RAM sehingga 16GB

OPPO A78 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP untuk membolehkan pengguna menangkap imej sejernih kristal, beresolusi tinggi, berserta dengan lensa potret diri 2MP dan kamera hadapan 8MP untuk potret berkualiti tinggi. Untuk merakam lebih banyak butiran visual, Imej Ultra Jelas 108MP A78 5G menggunakan algoritma perisian untuk meningkatkan resolusi imej kepada 108MP, memberikan tahap kejelasan yang mengagumkan. A78 5G juga menampilkan satu set ciri pengimejan pintar seperti Perapian Potret AI , Penambahbaikan Adegan AI dan Mod Malam Ultra untuk membantu meluncurkan kreativiti pengguna.


Dengan Dwi-Pembesar Suara Stereo, A78 5G menawarkan pengguna bunyi sekeliling yang lebih mengasyikkan, manakala Teknologi Bunyian Asli Sebenar menyampaikan bunyi optimum yang dilaraskan untuk muzik, video dan permainan video. Dengan Mod Kelantangan Ultra, pengguna juga boleh meningkatkan kelantangan pembesar suara sehingga 200%, memastikan bunyi yang jelas terhasil biarpun dalam persekitaran yang paling bising.


Dari segi visual, Paparan Sarat Warna 6.56-inci dengan kadar segar semula tinggi 90Hz memberikan pengalaman visual yang lancar dan menyelesakan untuk kandungan video dan permainan video. Keselesaan Mata AI Sepanjang Hari juga disertakan untuk memastikan mata pengguna kekal sihat dan selesa dengan perlindungan mata 24/7.



Rekaan bergaya dan tahan lasak

OPPO A78 5G menampilkan reka bentuk yang memukau dan dihiasi dengan cecincin yang gemerlapan di sekeliling modul kamera dan dihiasi dengan corak lampu bersinar yang memanjang ke plat belakang, mewujudkan sensasi pancaran cahaya yang berkilauan. Proses ikonik OPPO Glow juga diterapkan pada plat belakang untuk menghasilkan rupa penuh kilauan dengan kemasan matte bebas cap jari.


OPPO Memperkenalkan A78 5G dengan jumlah penambahan RAM sehingga 16GB

A78 5G tersedia dalam dua warna menyegarkan: Glowing Purple dan Glowing Black. Dengan berat sekadar 188g dan berukuran hanya 7.99 mm dalam ketebalan, telefon ini berpenampilan anggun dan menyediakan cengkaman selesa dalam apa jua keadaan


Untuk memberikan pengguna ketenangan fikiran dalam penggunaan seharian telefon, setiap A78 5G telah melalui lebih dari 320 ujian kualiti dengan teliti dan lebih dari 130 ujian daya tahan ekstrem untuk memastikan peranti ini kalis kepada percikan air, calar, hakisan, dan sebarang kesan haus serta lusuh kebiasaan yang lain.


Perkakasan yang dipertingkatkan dan ColorOS 13 mencipta pengalaman lancar yang sebenar 

Platform MediaTek Dimensity 700 menyediakan prestasi 5G yang berkuasa pada A78 5G dengan Pemproses Octa-Core yang efisien. Dengan konfigurasi 8GB RAM dan 128GB ROM, A78 5G menyediakan banyak memori dan ruang storan untuk kegunaan harian serta menyokong penambahan kad SD sehingga 1TB. Teknologi Penambahan RAM OPPO juga boleh meningkatkan lagi jumlah RAM sehingga 8GB (untuk versi 8GB RAM), memberikan pengalaman yang lebih lancar apabila berbilang aplikasi digunakan pada masa yang sama.


Melalui ColorOS 13, pengguna A78 5G juga akan menikmati kecekapan dan keselamatan yang dipertingkatkan pada telefon mereka. Ini adalah termasuk ciri seperti FlexDrop untuk multitugas yang lebih cekap dan Terjemahan Tiga Jari dengan Google Lens untuk menterjemah teks dalam kawasan terpilih pada tangkapan skrin. Apabila bercakap tentang privasi, Perlindungan Maklumat Foto membolehkan pengguna memadamkan metadata foto dan video dengan pantas untuk mengelakkan data peribadi sensitif daripada dibocorkan secara tidak sengaja.


Ketersediaan dalam Pasaran

OPPO A78 5G akan boleh didapati dalam Glowing Purple dan Glowing Black dari 14 Januari di Malaysia. Model akan dijual pada harga RM1099 di semua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian, rakan kongsi E-dagang dan rakan telekomunikasi seperti Maxis dan U-mobile. Bagi pengguna Celcom dan Digi, A78 5G hanya akan tersedia mulai 7 Feb dan seterusnya. Pelanggan yang membuat pembelian di Kedai Jenama OPPO akan turut menerima sebuah OPPO Band percuma bernilai RM159. Untuk info lanjut mengenai A78 5G, sila lawati https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a78-5g/ 


0 Response to "OPPO Memperkenalkan A78 5G dengan jumlah penambahan RAM sehingga 16GB "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel

Iklan Bawah Artikel