OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia


OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia

OPPO hari ini telah mengumumkan bahawa Find N2 Flip kini boleh didapati di Malaysia! Menggabungkan skrin luaran terbesar yang unik dengan hayat bateri berkekalan sepanjang hari dan pengecasan kilat SUPERVOOC, Find N2 Flip melonjakkan telefon boleh lipat ke arus perdana dalam gaya kompak, kemas dan mengagumkan.


OPPO Find N2 Flip yang baharu ini meletakkan skrin luaran yang canggih dalam tapak tangan dan poket, mencabar apa jua yang kami jangkakan daripada peranti boleh lipat berbentuk kecil. Biarpun ringan dan bersaiz kecil, skrin luaran menegak Find N2 Flip mampu berfungsi sebagai satu perkakas fotografi yang luar biasa. Skrin luaran yang panjang juga menampilkan widget berkuasa yang menyenangkan para pengguna untuk melihat notifikasi, dan cukup besar untuk mempamerkan maklumat berguna, jadi tiada keperluan untuk membuka telefon boleh lipat anda dengan kerap.


Dikuasakan perkakasan berkelas dunia, sistem kamera bertaraf mercu dengan sensor Sony IMX890, 9000+ MediaTek Dimensity yang berkuasa, keterhubungan 5G dwi-SIM dengan kepantasan luar biasa, dan kelajuan pengecasan berkelas tinggi, Find N2 Flip menandakan permulaan kepada satu bab baharu untuk OPPO dan telefon boleh lipat secara keseluruhannya.

“Setiap aspek Find N2 Flip mencerminkan misi OPPO untuk memperkayakan pengalaman dunia sebenar. Kami menggabungkan kejuruteraan yang terkehadapan dalam industri dan inovasi dengan prinsip rekaan intuitif. Jadi rekabentuk Find N2 Flip adalah tidak membebankan - setiap komponen beroperasi secara harmoni, kerana ia menggabungkan skrin luaran yang berkuasa tanpa sebarang kompromi, dipertingkatkan oleh kesejahteraan yang tidak ketara dan mewah.” kata Pete Lau, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Produk, OPPO.


Pentakrifan Semula Skrin Luaran


Berukuran 3.26 inci, skrin luaran Find N2 Flip ialah yang terbesar di antara telefon lipat yang boleh didapati dalam pasaran kini. Saiz besarnya membolehkan segalanya dilakukan dengan lebih mudah, waima sewaktu mengambil swafoto atau menyemak notifikasi.


Orientasi menegaknya juga membenarkan skrin luaran untuk memaparkan sehingga sebanyak enam notifikasi dalam hanya satu pandangan –terbaik setakat ini dalam industri telefon boleh lipat. 


Skrin luaran Find N2 Flip membolehkan pengguna untuk membalas mesej dalam aplikasi dengan pantas,togol tetapan, membuat rakaman suara, menjawab panggilan dan lebih lagi – semuanya dilakukan tanpa mengangkat atau membuka telefon tersebut. Dengan kurangnya keperluan untuk penglibatan secara menyeluruh, anda kini boleh mengawal keseimbangan pengunaan digital anda sementara anda kekal berhubung.



OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia

Mengimbangkan beberapa fitur bergunanya dengan detik menyeronokkan,skrin luaran Find N2 Flip juga memberikan pengguna peluang untuk membela haiwan peliharaan maya interaktif. Dengan pilihan antara seekor burung, kucing, anjing, tikus belanda atau arnab, anda akan mempunyai teman pada bila-bila masa anda menggunakan telefon. Dari bersuka ria ke penuh gelak ketawa, tetapkan satu GIF sebagai hiasan dinding skrin luaran anda untuk meme yang berterusan, dan sekiranya anda seorang peminat Bitmoji, pek stiker anda boleh menjadi Paparan Kekal (AOD) anda. Sebagai tambahan kepada stiker Bitmoji dan OMOJI, AOD juga memaparkan informasi berguna: waktu, tarikh, status kuasa, dan notifikasi.


Daripada mereka satu estetika yang hingar, menarik perhatian untuk rekaan Find N2 Flip, OPPO menurunkan kelantangan visual, supaya gaya telefon beraksi sebagai tirai latar di mana skrin luaran bersinar. 


OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia


Dengan sisi aluminium yang tergilap, satu kerangka luaran kaca tahan cap jari dan corak gelombang berukiran mikro merentasi engsel, manakala Find N2 Flip pula mempunyai reka bentuk yang ringkas, ia terasa mewah di tangan dan turut tersedia dalam dua warna: Astral Black dan Moonlit Purple.


Berberatkan hanya 191g dan berukuran 7.45mm apabila dibuka, Find N2 Flip nipis dan ringan, dan dengan arka mikronya, ruang kerangka belakang kaca melengkung tepat, ia terasa seperti benar-benar direka untuk telapak tangan anda, tidak kira sama ada dalam posisi terbuka atau tertutup.


Dan sewaktu anda menggunakan telefon, paparan AMOLED E6 6.8-inci memberikan satu gambaran sempurna dengan nisbah aspek 21:9 sinematiknya dan kadar segar semula beradaptif 120Hz yang lancar. Kebolehlihatan juga mantap merentasi persekitaran, dengan pengunaan filem Anti-Refleksi termaju dan kecerahan sehingga 1600 nit.



Kamera Telefon Boleh Lipat Paling Canggih


Kamera utama 50MP bertaraf mercu Find N2 Flip menampilkan sensor Sony IMX890 yang besar dengan lensa f/1.8 – asas kukuh untuk pengimejan luar biasa.


Tangkap gambar dengan lebih keyakinan, kerana skrin luaran terbesar untuk sebarang telefon boleh lipat mampu memberikan anda previu swafoto yang terjelas. Dan jika anda menangkap gambar atau video individu lain, Dwi-Previu boleh digunakan supaya mereka boleh melihat diri mereka.   


Skrin luaran nisbah aspek Find N2 Flip 17:9 adalah orientasi menegak yang sama seperti sensor kamera telefon anda, mengekalkan pemangkasan pada satu tahap minimum untuk butiran maksimum.


Hasilkan lebih banyak kreativiti dengan Mod FlexForm, satu kemungkinan yang dibawa oleh Engsel Flexion Generasi Baharu, kerana Find N2 Flip memegang kedudukan lipatan pertengahannya di antara 45º dan 110º untuk sudut dinamik aras pinggang, dan video selang masa 4K yang menggelorakan.   


OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia

Mod FlexForm juga menukarkan telefon boleh lipat anda kepada satu kamera tunak tripod, bebas tangan. Hanya lipat sebahagian daripadanya, letakkannya atas satu permukaan dan selepas itu cetuskan pelepas pengatup  dengan gerak isyarat tapak tangan terbuka – sesuai untuk tangkapan berkumpulan. Ia juga memanfaatkan kuasa kamera swafoto 32MP. Dengan sensor Sony IMX709, autofokus dan kanta sudut lebar, letakkan telefon ke bawah untuk panggilan video bebas tangan berkualiti tinggi, dengan mod FlexForm dioptimumkan untuk aplikasi seperti WhatsApp dan Zoom.


Dibangunkan bersama dengan pengilang kamera legenda Hasselblad, Find N2 Flip memotretkan warna gred professional, Mod Profesional yang menyeluruh, dan mod XPAN yang unik berkemampuan untuk menghentikan waktu dalam satu bingkai sinematik yang lebar.


Lebih daripada sekadar juara fotografi, NPU pengimejan hasil kendiri Find N2 Flip, MariSilicon X, merangsang video malam untuk menangkap rakaman 4K yang paling jelas dalam cahaya malap, dan anda juga boleh memegang telefon dengan sebahagiannya terlipat dan ke sisi, sama seperti kamkorder untuk cengkaman yang lebih mantap.



Diuji lebih dari 400,000 lipatan


Kebanyakan daripada apa yang menjadikan Find N2 Flip luar biasa adalah berkemungkinan dari Engsel Flexion Generasi Baharunya, yang bekerja dengan harmoni bersama dengan paparan utama untuk mencipta satu skrin tahan lasak, boleh lipat berserta kesan lipatan cetek yang mengagumkan. 


Rekaan engsel yang lebih kecil ini adalah terdiri daripada beberapa komponen yang kurang berbanding Engsel Flexion yang asal, dan dalam kesederhanaannya yang rumit, OPPO telah mencapai satu standard baharu untuk kestabilan mekanikal. Engsel Flexion Generasi Baharu ini juga lebih kompak, mencipta lebih ruang untuk satu skrin luaran yang lebih besar dan bateri berkapasiti tinggi, berpengecasan pantas. 


Sama seperti Find N dan Find N2, tiada jurang engsel apabila anda menutup Find N2 Flip, jadi ia mengelakkan habuk daripada masuk, dan OPPO telah memilih TÜV Rheinland untuk menguji ketahanannya secara bebas. Telefon ini diperakui mampu bertahan lebih dari 400,000 lipatan dan bukaan pada suhu bilik standard. Itu adalah bersamaan dengan membuka dan menutup telefon sekitar 100 kali sehari untuk selama lebih daripada sepuluh tahun, dan ia juga telah diuji sehingga 100,000 kali pada 50ºC dan 95 peratus kelembapan, dan pada -20ºC.


OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia

 

OPPO turut mengguna pakai Engsel Flexion Generasi Baharunya untuk memandu skrin ke sudut lipatan yang selembut mungkin, mencipta lipatan berbentuk titisan air yang menghasilkan lipatan yang tidak ketara kesannya dan rekahan yang lebih halus berbanding telefon boleh lipat lain apabila dibuka. Selain menjadi sangat halus pada mata, ia juga seolah-olah hampir tidak dapat dilihat pada sentuhan untuk satu pengalaman skrin rata tanpa kompromi.



Telefon Boleh Lipat Paling Tahan Lama Dengan Pengecasan Terpantas


Find N2 Flip memuatkan bateri 4,300mAh yang besar ke dalam kerangka kompaknya. Ini adalah bateri terbesar dalam sebarang telefon boleh lipat dengan perbezaan yang besar.

 

Satu bateri yang kekal bertahan untuk satu tempoh lama adalah hasil usaha berterusan untuk mereka bentuk semula segalanya daripada engsel ke dulang SIM, menggunakan ruang sebanyak mungkin untuk menambah hanya beberapa jam miliampere kuasa dengan setiap sedikit ruang yang dijimatkan.


OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia


OPPO juga bekerja sama rapat dengan MediaTek bagi mencipta satu versi optimum untuk set cip Dimensity 9000+ untuk Find N2 Flip. Kepelbagaian usaha ini menghasilkan tambahan lebih dari satu jam panggilan video, tambahan dua jam untuk penggunaan media sosial, dan lima jam penstriman muzik.


Malah, menurut ujian kami, Find N2 Flip ialah telefon boleh lipat pertama yang menawarkan penggunaan sehari penuh dengan penuh yakin hanya dengan sekali cas – satu elemen penting dalam mempopularkan kategori ini secara keseluruhan.


OPPO turut menyertakan pengecasan terpantas dalam sejarah bagi telefon boleh lipat pada Find N2 Flip – 44W SUPERVOOC, menjadikan bateri daripada hampir sifar kepada 50 peratus dalam masa 23 minit sahaja, dan sehingga 100 peratus dalam masa kurang daripada satu jam.


Secara ringkasnya, Find N2 Flip meruntuhkan temboh penghalang dengan skrin luaran terbesar pada apa jua jenis telefon boleh lipat. Dengannya, swafoto berkelas dunia dan pengalaman fotografi andalan adalah satu kemungkinan.


Cukup teguh untuk satu dekad penuh lipatan, dan dengan kuasa sepanjang hari dan pengecasan pantas, ketahanan dan kebimbangan ke atas bateri tidak akan jadi lebih daripada sekadar satu memori kerana Find N2 Flip telah  menandakan permulaan kepada satu bab baharu untuk peranti boleh lipat dan telefon pintar secara keseluruhannya.



Harga dan ketersediaan dalam pasaran

OPPO Find N2 Flip hadir dalam dua warna, Astral Black dan Moonlit Purple, pada Harga Runcit yang Dicadangkan (RRP) iaitu RM3,999.


OPPO Find N2 Flip boleh didapati dalam pasaran untuk pratempahan bermula dari 2 Mac hingga 10 Mac 2023. Para pelanggan yang membuat pratempahan layak untuk menerima hadiah eksklusif bernilai sejumlah RM637, yang merangkumi:

  • Jaminan lanjutan satu tahun bernilai RM259

  • OPPO Enco Air3 bernilai RM249

  • Selangsong telefon OPPO Find N2 Flip bernilai RM129


Selain itu, pelanggan kini boleh mendapat potongan 50% untuk Pelan Perlindungan Skrin OPPO Care pada RM299 sahaja (RRP RM599), yang menyediakan penggantian skrin percuma sekali sahaja apabila skrin OPPO Find N2 Flip rosak akibat terjatuh atau perlanggaran secara tidak sengaja.


OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia

Pratempahan adalah tersedia di kesemua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Rakan Kongsi Telekomunikasi, rakan kongsi E-dagang (Shopee and Lazada) dan rakan kongsi kedai Rangkaian kami.


Bukan itu sahaja – untuk meraikan Hari Wanita Sedunia, para pelanggan yang membuat pratempahan OPPO Find N2 Flip dari 2 hingga 5 Mac 2023 di Kedai Jenama OPPO terpilih dan Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO akan turut layak menerima satu hadiah misteri tambahan dan menerima telefon itu tiga hari lebih awal daripada para pengguna pasaran Malaysia, iaitu pada 8 Mac.


OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia


Untuk maklumat lanjut tentang OPPO Find N2 Flip, lawati https://www.oppo.com/my/smartphones/series-find-n/find-n2-flip/.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang terma dan syarat pratempahan, layari www.oppo.com/my/store/contents/event/OPPOFINDN2FLIPRE-ORDERANDLAUNCHPROMOTION/tnc/.


0 Response to "OPPO Find N2 Flip Tiba di Malaysia"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel

Iklan Bawah Artikel