Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) 2023

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) 2023

assalamualaikum. tahniah kepada semua pemenang anugerah juara lagu 37. saja lah nak mengadu. hahhaa. dekat rumah aku ada sebuah tv. tapi malang tiada channel. lebih kepada separuh smart tv. tak ada channel tv ya. semalam nak tengok ajl nangis kejap (tipu je).

buka youtube, dapat lah tengok ajl 30 minit. tahu - tahu akaun berkenaan kena block. hahaha. betul kedekut tv3 ni. ajl hanya boleh ditonton di tonton aplikasi sahaja. kena log in kan? masalah betul. aku baca komen, semua kata "macammana nak tengok. tak keluar pun"

di facebook ada live ajl tapi sekejap je bertahan. tahu - tahu hilang. rajin betul buat kerja untuk block sebab isu copyright ya. sudahnya, tonton ajl live dekat 1 akaun facebook ni. dia mcm buat live dengan cara merekod di tv. so tak adalah isu copyright kan? aku dengan suami asik gelak je. kejap hp terbalik. kejap dengar bunyi deruman motor, kejap terkejut dengar kucing bergaduh. hahaha. 

bukan tengok ajl sangat pun. sibuk baca komen je hahaha. kelakar betul. tak jumpa pula akaun facebook tu. ada yang komen "duduk diam2 bang. jangan gerak". "tangan tak bedung". "takde tripod ke bang". haha lucu mereka ni. 

Senarai Pemenang AJL 37

Juara AJL 37

Aina Abdul : Terus Hidup 
Komposer: Aina Abdul 
Penulis lirik: Aina Abdul 
Trofi serta RM100,000

Naib Juara 


Joe Flizzow & Sonaone : Satu Malam Di Temasik 
Komposer: Sonaone 
Penulis lirik: Joe Flizzow & Sonaone 
Trofi serta RM50,000

Tempat Ketiga 


Alif Satar & The Locos : Anugerah Terindah 
Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis 
Penulis lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo

Vokal Terbaik 


Aina Abdul : Terus Hidup 
Trofi serta RM12,000

Persembahan Terbaik 



Shiha Zikir : Irama 
Trofi serta RM12,000

Penyanyi Pilihan Alha Alfa 


Khai Bahar 
Trofi serta RM12,000 


Sumber Asal : https://www.mysumber.com/keputusan-ajl.html

Senarai Finalis AJL 37

  1. Iman Troye - Nang
  2. Marsya - Kembali Terang
  3. Naim Daniel - Mainan
  4. Liza Hanim & Shila Amzah - Bahagiakan Dia
  5. Alif Satar - Anugerah Terindah
  6. Ernie Zakri - Korban
  7. Shiha Zikir - Irama
  8. Joe Flizzow & Sonaone - Satu Malam Di Temasek
  9. Amir Masdi & Dayang NurFaizah - Debu
  10. Noki & MK - Payung Pelangi
  11. Khai Bahar - Sengsara
  12. Aina Abdul - Terus Hidup


Siaran Ulangan Anugerah Juara Lagu AJL 37

0 Response to "Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) 2023"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel

Iklan Bawah Artikel